Home » » Dap Persilakan Pas Keluar Dari Pakatan

Dap Persilakan Pas Keluar Dari Pakatan

Written By Unknown on Saturday 26 April 2014 | 22:17


Apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Sdra Anthony Loke mempersilakan PAS keluar dari pakatan haram secara terhormat jika mahu terus menguatkuasakan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) 1993 Kelantan, saya teringat kata-kata Abdul Hadi Awang bahawa apa jua pandangan yang bertentangan dengan dasar dan pendirian PAS yang dikemukakan oleh para pemimpin DAP dianggap
sebagai pandangan peribadi pemimpin tersebut dan tidak mewakili pandangan Majlis Presiden pakatan haram.
Tetapi apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP) Zairil Khir Johari menyokong sepenuhnya pandangan Anthony Loke, saya dapat merasakan bahawa ia merupakan pandangan yang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng.
YB Ariff Sabri (DAP) Ahli Parlimen Raub tanpa berselindung di dalam blog beliau menyokong penuh rakan seperjuangan DAP beliau Loke dan Zairil. Ini membuktikan bukan sahaja wakil rakyat non Muslim yang menolak hudud PAS, bahkan wakil rakyat Muslim DAP juga begitu lantang menolak pelaksanaan hudud PAS.
RINGKASNYA, kepimpinan DAP sebenarnya sudah menghantar isyarat jelas supaya PAS bersama pakatan haram TANPA hudud samada di peringkat Negara atau Negeri ATAU PAS tinggalkan pakatan haram sepenuhnya.
HANYA wakil rakyat UMNO yang seringkali dituduh kafir, murtad dan munafik sahaja yang telah TERBUKTI SEBULAT SUARA menyokong Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Kelantan 1993 diLULUSKAN di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Dan sokongan semenjak 1993 itu kekal sehingga kini bila ramai para pemimpin UMNO menyatakan persetujuan mereka untuk mengundi Bil Persendirian pindaan Perlembagaan sekiranya wakil PAS membawa usul di Parlimen, walaupun diFITNAH oleh Nik Abduh Nik Abd Aziz sebagai hipokrit/berpura-pura(MUNAFIQ???)
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger