Home » » Rogol Kenalan bawah umur, Mohamad Afiz tersenyu kena penjara 10 tahun

Rogol Kenalan bawah umur, Mohamad Afiz tersenyu kena penjara 10 tahun

Written By Unknown on Monday, 5 October 2015 | 10:36


KOTA BHARU - Seorang buruh masih mampu tersenyum walaupun dikenakan hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol kenalan bawah umur di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Afiz Mohd Nor, 20, dihukum selepas mengaku salah tiga kali merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun 9 bulan.

Kejadian berlaku pada 16 Jun lalu iaitu pertama berlaku pada jam 3 pagi, kedua pada jam 4 pagi dan terakhir pada jam 6.30 pagi, hari sama.

Mangsa pada jam 2 pagi sebelumnya, keluar dari rumah ibu tiri di Berek Polis di Machang dan berjumpa dengan tertuduh yang datang dengan menaiki motosikal.

Tertuduh kemudian membawa mangsa ke rumah keluarganya di Taman Hidayah, Belakang Berek tersebut.

Sampai di sana, dia terus mengajak gadis yang baru sahaja dikenalinya itu masuk ke dalam bilik kerana bimbang disedari ahli keluarga yang sedang tidur.

Mangsa diberikan pakaian untuk ditukar dan mula memeluk cium serta seterusnya merogol mangsa.

Tertuduh kemudian tertidur sebelum mengejutkan mangsa sejam selepas itu dan merogol remaja itu serta sekali lagi tertidur.

Selepas tertuduh balik dari menghantar adiknya ke sekolah, dia merogol mangsa buat kali ketiga.

Mangsa hanya duduk di dalam bilik itu sehingga jam 2.15 petang dan dihantar pulang ke rumah oleh tertuduh.

Perkara itu dirahsiakan sehingga sampai ke pengetahuan keluarga mangsa yang kemudian membuat laporan polis.

Pada prosiding hari ini, laporan sosial menggambarkan tertuduh dari keluarga yang terurus dari segi kebersihan di dalam rumah.

Ibu bapanya juga menyatakan tertuduh seorang anak yang baik. Bapanya tidak bekerja kerana masalah kesihatan dan ibu pula mencari pendapatan sebagai pencucuk sate.

Laporan turut menyatakan tertuduh berhenti sekolah di tingkatan satu kerana tidak lagi berminat dan mahu bekerja.

Dia pernah bekerja sebagai pencucuk sate dan banyak melakukan kerja-kerja pertukangan rumah.

Selesai laporan dibacakan, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan dikuatkuasakan secara serentak, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali memohon hukuman berat dengan mengambil kira umur mangsa yang masih muda.

“Mohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat serta menyampaikan mesej bahawa mahkamah memandang serius kes seumpama ini yang semakin berleluasa,” katanya.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian memutuskan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan mengarahkannya berkuat kuasa serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 15 Julai lalu.
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger