Home » » Mayat bayi dicelah rimbunan daun

Mayat bayi dicelah rimbunan daun

Written By Unknown on Monday, 17 August 2015 | 22:24


BUKIT GANTANG – Pengunjung lokasi air terjun, Bukit Berapit, di sini, kelmarin dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat, di celah rimbunan daun di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mayat bayi cukup sifat ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh seorang lelaki yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Changkat Jering.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, dipercayai bayi malang itu ditinggalkan di kawasan itu lebih dua hari.

“Ketika ditemui, mayat bayi berkenaan dalam keadaan tanpa pakaian dan tidak bernyawa. Keadaannya sempurna dan masih bertali pusat,” katanya.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Iman Md Rahim di talian 013-9719925 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222 atau mana-mana balai berhampiran.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger