Home » » Gelora di Bukit Bintang

Gelora di Bukit Bintang

Written By Unknown on Sunday, 12 July 2015 | 12:24


Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya empat cedera termasuk petugas media dari China Press dan Sin Chew Daily dalam rusuhan membabitkan lebih 100 individu di depan Plaza Low Yat, sebentar tadi. Insiden kira-kira 12 malam itu dipercayai bermula apabila peserta perhimpunan bantahan aman tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pasukan polis dalam perbincangan.
Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal keadaan itu dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tiba jam 1 pagi dan susulan itu beberapa individu ditahan dan dibawa menaiki kereta peronda (MPV).
Wartawan Harian Metro, Shahrul Redzuan Zulkifli berjaya merakam sedikit kekecohan yang berlaku kira-kira 12 malam tadi.
Sebelum ini, polis sudah memberi penjelasan dan tindakan yang dilakukan susulan isu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Plaza Low Yat malam semalam, kepada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang datang membuat bantahan aman pada 6.30 petang tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63879#sthash.pxOyU1Kv.dpuf
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger