Home » » Pukul isteri kerana dadah

Pukul isteri kerana dadah

Written By Unknown on Thursday, 18 June 2015 | 09:27


KOTA BHARU - Angkara dadah, seorang isteri dipukul suaminya sehingga lebam dan bengkak di mata kiri selain cedera di kepala,  lutut dan pinggang dalam kejadian di Binjai, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berada di kedai milik suaminya, bertengkar mulut dengan suaminya itu.

Pasangan itu bertengkar disebabkan suami mangsa mahu keluar ambil pil kuda dan sebelum ini pernah menceritakan kepada isterinya, dia ada ambil pil kuda selepas makan tengah hari.

Mangsa pada mulanya menasihatkan suaminya supaya berhenti daripada kegiatan itu dan suaminya memarahi mangsa serta menyuruhnya keluar dari bilik.

Wanita itu yang berang selepas suaminya tidak mempedulikannya, menyepak jag air lalu ia terpelanting sehingga terkena pintu gril.

Melihatkan keadaan itu, suaminya bangun dan terus menuju ke arah mangsa. Suspek menampar muka, menendang badan dan memukul kepala isterinya dengan topi keledar serta turut ditarik rambutnya. Mangsa dibawa masuk ke dalam kereta dan dihantar balik ke rumah keluarga.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika perbalahan itu, tiada saksi yang melihat kejadian tersebut.

“Mangsa terima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian sebagai pesakit luar dan kita masih mengesan suspek untuk siasatan lanjut," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger