Home » » Cuba tikam pegawai JAIS selepas kantoi khalwat

Cuba tikam pegawai JAIS selepas kantoi khalwat

Written By Unknown on Tuesday, 9 June 2015 | 22:50


Subang Jaya – Terkejut menerima ‘kunjungan tidak diundang’ daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), seorang penjawat awam lelaki yang bersekedudukan dengan rakan sekerjanya bertindak agresif apabila cuba menikam pegawai JAIS dengan gunting dan mengugut melibas dengan pedang samurai dalam kejadian Sabtu lalu.
Sumber polis berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan pegawai JAIS dengan bantuan sepasukan polis dari Bandar Sunway melakukan pemeriksaan ke atas apartmen yang didakwa didiami pasangan bukan mahram di Bandar Sunway.
Menurutnya, ketika serbuan pada jam 11.20 pagi itu, pegawai JAIS menemui pasangan itu bersama tiga anak wanita berkenaan di rumah.
“Pemeriksaan mendapati wanita itu sudah bercerai dan mempunyai tiga anak berusia dua hingga lima tahun yang tinggal bersamanya di apartmen berkenaan.
“Pasangan itu bekerja di pejabat sama dan didapati bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu dan jiran yang kurang senang dengan kelakuan mereka membuat aduan kepada JAIS ,” katanya, lapor Harian Metro.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger