Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar ketua pegawai operasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bagi memulihkan imej kerajaan.
Katanya, tindakan serius itu perlu dijalankan untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat pada kerajaan.
“Saya beritahu PM, pecat kesemua sekali lembaga (pengarah) 1MDB.
“CEO ini (patut) dibuang, dan bukan saja dibuang. Panggil polis siasat. Ambil tindakan, barulah rakyat tengok… pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius.
“Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah,” katanya dalam satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno.
Video ucapan itu dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.
Video sepanjang kira-kira tujuh minit itu bagaimanapun hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.
Dalam video tersebut, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk para naib presiden.
Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68 pada pertengahan bulan ini.
Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ditunjukkan dalam video tersebut.
1MDB melantik Arul Kanda sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan pada 5 Januari lalu.
Najib pula mempengerusikan lembaga penasihatnya, lapor Malaysiakini.
Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB_HD.mp4
"Saya bagitahu Presiden pecat SEMUA directors 1MDB, PANGGIL POLIS"Luahan hati Tan Sri Muhyiddin mengenai 1MDB . Dengar sampai habis...Admin terharu dan RESPECT beliau atas pendirian yang melawan arus ini...
Posted by Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad on Wednesday, 20 May 2015
Post a Comment