Terusan Karat : Semenanjung Malaysia Bakal Menjadi ‘Pulau’?
Written By Unknown on Thursday, 21 May 2015 | 01:43
Tersebar di laman sosial gambar majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara wakil pihak Thailand dan China untuk membina sebuah terusan yang bakal ‘memisahkan’ Thailand dengan Malaysia.
Dilaporkan Thailand dan China bersetuju melaksanakan projek gergasi itu, namun tidak diketahui bilakah projek itu bermula.
Menurut MoU berkenaan, terusan yang dikenali sebagai Terusan Karat itu akan dibina untuk laluan dua hala dan mempunyai panjang 102 kilometer, 400 meter lebar, serta 20 meter dalam.
Menurut sumber, setelah terusan itu siap, kapal-kapal dagang antarabangsa tidak perlu lagi melalui Selat Melaka, Malaysia dan Singapura.
Dengan pembinaan terusan ini, ia dijangkakan dapat memendekkan jarak sekurang-kurangnya 1,200 kilometer selain dari menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan serta menjimatkan jumlah hari untuk kapal-kapal dagang antarabangsa untuk berlayar.
Terusan Karat itu juga akan menyelamatkan kapal-kapal dagang dari ancaman lanun di Selat Melaka.
Menurut penganalisis industri, selepas Terusan Karat siap, ia akan menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara-negara berhampiran.
Bagaimanapun, projek Terusan Karat ini dilihat akan menjejaskankan ekonomi Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Namun, yang paling teruk terjejas ialah Singapura.
Labels:
Semasa
Post a Comment