Home » » Rompak, cabul dua beranak: Lelaki dijel 10 tahun

Rompak, cabul dua beranak: Lelaki dijel 10 tahun

Written By Unknown on Monday 11 May 2015 | 22:37


KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur kerana merompak dan mencabul dua beranak dalam kejadian Januari lalu, dia dihukum penjara 10 tahun serta tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, kelmarin.

Tertuduh, Khairul Ikhwan Mohamed, 30, dihukum selepas mengaku bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Dia didakwa bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas telah merompak seorang wanita berusia 56 tahun serta anak perempuannya berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, pada jam 3.30 pagi, 18 Januari lalu. Rompakan itu membabitkan kerugian RM200,000.

Bagi kesalahan kedua dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis tersebut dengan niat untuk mencabul kehormatannya pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira jenayah serius yang dilakukan tertuduh.

Dalam kejadian lalu, pengadu tersedar dari tidur dapati dua lelaki berada di dalam biliknya di tingkat dua dan dapati dirinya diikat kaki, mulut dan tangan. Anak perempuan pengadu yang ada bersama juga diikat tangan, kaki, dan mulut.

Mereka bertanyakan duit dan barang kemas kepada pengadu dan menggeledah rumah tersebut. Tertuduh dan rakannya itu bersenjatakan pisau dan golok kecil diacukan pada leher mangsa dan anaknya.

Mereka juga bertindak meraba anak mangsa dan gadis itu cedera di pipi terkena pisau yang diacukan kerana meronta ketika dicabul. Mereka kemudian meninggalkan rumah dan mangsa serta anaknya membuka ikatan serta meminta pertolongan.

Perompak turut melarikan wang tunai RM7,000; barangan kemas; beg tangan, beg duit mengandungi pelbagai kad, empat telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang keseluruhannya bernilai RM200,000. Tertuduh ditahan 14 Mac lalu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger