Home » » Pelajar dibelasah enggan jadi samseng

Pelajar dibelasah enggan jadi samseng

Written By Unknown on Saturday 16 May 2015 | 23:58


SHAH ALAM – Seorang pelajar tingkatan satu cedera dipukul oleh sekumpulan remaja selepas menolak ugutan menyertai kumpulan mereka di Pandamaran, Klang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pelajar di sebuah sekolah di Pandamaran itu didatangi sekumpulan remaja berumur belasan tahun ketika berada di sebuah kedai makan berhampiran.
Mangsa kemudian ditarik ke kawasan perumahan yang terletak kira-kira 20 meter dari situ sebelum dia ditolak sehingga jatuh ke dalam longkang.
Kumpulan remaja itu bertindak memukul mangsa dengan tangan sebelum melarikan diri apabila mereka ternampak anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di situ.
Mangsa mengalami kecederaan pada tangan, siku dan badan akibat dipukul beramai-ramai, lapor Kosmo.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger