MAY 12 DAP MAKIN TERDESAK...MELAYU LUPA 13 MEI??
Written By Unknown on Tuesday, 12 May 2015 | 22:42
Jika ianya Bermanafaat Sila Kongsikan
AS SALAM...
Hari ini 13 Mei merupakan satu tarikh yang tidak harus setiap pemikiran Orang Melayu lupa dan biarkan luput walau berpuluh tahun atau sehingga mati.Ini merupakan tarikh dimana nyawa mereka pertaruhkan..Darah mereka alirkan demi mempertahankan sebuah bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.Al fatihah kepada semua pejuang.
Berbicara dengan sahabat2 hebat yang banyak membantu saya untuk saya melihat kenapa DAP khususnya kaum cina makin terdesak di Malaysia untuk memerintah dan berada di tampuk kekuasaan??.Dalam konteks ini saya cuba mengandaikan keperanan MCA kerana terlalu minoriti dalam sokongan rakyat mewakili kaum Thiong Hwa.
Unjuran populasi kaum di Malaysia yang telah dibuat oleh sebuah badan bebas menunjukkan pada tahun 2050 angka rakyat berbangsa melayu akan mencecah kepada 72% hingga 75% bertambah yang mana pada masa kini populasi Melayu hanya 61% hingga 63%.Secara lebih jelas setiap pasangan ibu bapa keluarga Melayu akan menghasilkan purata 3 orang atau (lebih) anak manakala setiap keluarga kaum cina daripada 2 orang pasangan ibubapa hanya menghasilkan satu orang anak dan semaksimum 2 orang anak.Mereka makin mengecil dari masa ke masa dan sebaliknya berlaku kepada kaum Melayu yang sentiasa akan berkembang dan bertambah.
Keterdesakan DAP mewakili kaum cina dapat dilihat bilamana mereka (DAP) telah memulakan penguasaan diluar batasan mereka dengan cuba menarik minat berparti dari kalangan melayu untuk bersama mereka.DAP telah berjaya mempamerkan imej seperti Sofia, rara dan beberapa melayu wanita d2ngan pelbagai nama glamournya untuk bersama mereka dengan mewakili penampilan2 beberapa kategori wanita melayu yang berkerjaya dan berpelajaran.Habuan diberi.Keutamaan dipentingkan dan diangkat seperti seorang selebriti yang menjadi tumpuan setiap kali penampilan di program atau pentas ceramah yang dihadiri bukan sahaja orang cina malah melayu yang mula melihat ianya satu pengiktirafan DAP terhadap kaum melayu.Sememangnya tabiat dan pe'el seorang manusia akan melupakan apa sahaja akibatnya kepada kaum sendiri bila mana mereka merasai nikmat kehidupan dengan mewah dan di layan seperti ratu.DAP mengenali Melayu dan mengetahui kelemahan melayu.Dan ini jugalah yang digunakan oleh DAP untuk membutakan Sofia, yaya dan ramai lagi sepertimana dakwah agama kristian terhadap orang islam dengan memberikan kesenangan duit dan segala keperluan untuk hidup tanpa perlu bersusah.
Ini merupakan perancangan DAP yang sudah terdesak untuk semungkinnya memenangi pilihanraya terdekat demi kuasa dan survival kaum mereka.PRU 14 merupakan "last attempt" untuk DAP.Dalam keterbatasan masa yang mereka ada mereka akan menggunakan melayu sehabis mungkin untuk tujuan mereka.Jika tidak mereka sudah boleh melupakan usaha selama 58 tahun untuk menjadi bangsa yang berkuasa di Malaysia dengan peningkatan populasi melayu yang kian bertambah.
Kegusaran saya tetap timbul bila melihat bagaimana bodoh dan jijik manusia berbangsa belayu beragama islam berteriak dan bertakbir di depan seorang cina yang menerangkan soal hukum allah Hudud di Kota Bharu.Kenapa di Kota Bharu Kelantan?...DAP melihat kubu akhir orang islam melayu ialah di Kelantan.Tinggal saja Melayu di Kota Bharu yang masih kuat agamanya.Kubu ini harus di pecahkan..LKS sanggup untuk menjejakkan kakinya ke Kelantan demi membodohkan melayu di sini sebagai usaha terdesak kaumnya.Sedih saya bertambah bila melihat wajah barua dan penyangak yang berada di pentas yang berkupiah dan wanitanya berjubah dan bertudung labuh seperti MP Rantau Panjang.Ini merupakan Munafikun yang masih tidak sedar akan kelicikan kaum cina yang mereka jadikan dewa.
Ternyata masih ramai Melayu yang jahil dan bengap berada di depan LKS pada malam itu bila bertakbir setelah LKS berulangkali menyatakan betapa tidak penting Hudud untuk dilaksanakan.Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa semua pimpinan PAS yang ada di Kelantan merupakan pimpinan yang paling hina dalam sejarah perjuangan dalam memperjuangkan Hukum Allah ini.Bermuka2 dalam berbicara soal Hudud.Di dewan mereka mengangkat Hudud untuk diluluskan tetapi di padang ceramah mereka bertakbir menyokong untuk Hudud di hina oleh bangsa cina.Adakah ini rupa sebenar pemimpin PAS yang pada hemat saya sudah melepasi tahap bacul dan dayus dalam soal pendirian.Tidak ada larangan yang ditulis Allah di setiap pintu2 syurga melainkan golongan Dayus.PAS Kelantan Dayus dan Pimpinan nya Bacul.Ini ayat yang paling tepat untuk mereka.
Justeru itu , ketepikan soal politik kepartian seketika untuk kita menyelami dan mengambil roh perjuangan 13 Mei untuk kita renungkan akan survival kaum melayu yang memerlukan kita bersatu demi kekuatan dan kelangsungan perjuangan orang terdahulu.Melayu takkan hilang tetapi apa guna jika ada tapi tanpa maruahnya.Melayu takkan hilang tetapi apa guna jika menjadi kaum yang dihina...Melayu takkan hilang tetapi apa guna jika menjadi pencacai kepada kaum yang pernah menghalau melayu dari bumi bertuah ini....Allahuakbar!!!!
SAYA ISLAM MELAYU #SIM
(Mulai hari ini kita akan menggunakan #tag ini dalam setiap posting dan apa saja dalam media sosial untuk mengakui kita Islam Melayu)...
WASSALAM
WKI #SIM
13 MEI 2015
24 REJAB 1436
bicaramindawank
http://bicaramindawank.blogspot.com/2015/05/dap-makin-terdesakmelayu-lupa-13-mei.html
Labels:
Politik
Post a Comment