Home » » Kit Siang Tuduh Hadi Tak Ikhlas

Kit Siang Tuduh Hadi Tak Ikhlas

Written By Unknown on Thursday 21 May 2015 | 00:44


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka  Presiden Pas itu  sanggup menggunakan alasan  menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.

“Dia (Abdul Hadi)  tidak jujur dan  ikhlas  apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus  PR  yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan  Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.

"Abdul Hadi secara unilateral dan sewenang-wenangnya mengabaikan keputusan majlis pimpinan, atau membatalkan pandangan pemimpin Pas yang mewakili beliau,” katanya.

Menurutnya,  perbuatan tidak jujur Abdul Hadi  berlaku sewaktu PRU12  apabila beliau memberi kuasa kepada calon-calon Pas untuk bertanding di enam kerusi  Dun yang diperuntukkan kepada PKR, mengakibatkan pertembungan tiga penjuru serta kekalahan bagi  PR di kerusi berkenaan.

“Kedua Abdul Hadi membatalkan keputusan Majlis Pimpinan  pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri pimpinan utama DAP, PKR dan  Pas (walaupun Abdul Hadi tidak hadir)  tentang cadangan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Kit Siang berkata, Abdul Hadi  memungkiri komitmen beliau sendiri kepada majlis pimpinan  dalam mesyuarat pada 8 Februari 2015, bahawa sebarang pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 dan sebarang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan pelaksanaan hudud mestilah terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis pimpinan.

“Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2015 dibentang dan diluluskan Dun Kelantan pada 19 Mac, tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan selain  Abdul Hadi sendiri mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan hudud dalam sidang Mac/April, tanpa merujuk majlis pimpinan, " katanya
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger