Home » » Rafizi Fitnah Kerajaan - BMW nafi kerajaan beli kereta mewah,

Rafizi Fitnah Kerajaan - BMW nafi kerajaan beli kereta mewah,

Written By Unknown on Thursday 9 April 2015 | 07:40


KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia hari ini menafikan dakwaan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa kerajaan Malaysia telah membeli enam unit kereta BMW 7 Series.




Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Katanya, BMW Group Malaysia katanya akan menyediakan kenderaan BMW 7 Series dan BMW 5 Series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP pada persidangan terbesar Asia Tenggara hujung bulan ini.

Sebelum ini di Parlimen, Rafizi berkata kerajaan Persekutuan patut memberikan penjelasan dakwaan pembelian kereta mewah BMW 7-Series sedangkan rakyat menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Ekoran penafian itu, Rafizi, di laman Facebooknya meluahkan rasa syukur bukan duit GST yang digunakan untuk pembelian kereta-kereta tersebut.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bmw-nafi-kerajaan-beli-kereta-mewah-rafizi-lega-57418?cp
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger