Home »
mh17 mh 370
» Kertas tisu milik MH370 ditemui?
Kertas tisu milik MH370 ditemui?
Written By Unknown on Monday, 9 March 2015 | 20:17
Sekumpulan pakar sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kertas tisu yang ditemui di sebuah pantai di Australia Barat yang mungkin dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.
Kertas tisu yang kecil dan lembap itu dihantar ke Canberra, ibu negara Australia untuk pemeriksaan selepas ia ditemui oleh satu pasangan yang ketika itu sedang bersiar-siar di pantai.
Media Nine News melaporkan bahawa pasangan itu menjumpainya dalam keadaan tidak terbuka yang disifatkan mereka sebagai sesuatu yang “sangat luar biasa”.
Pesawat yang membawa lebih 200 orang itu hilang sejak setahun lalu dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pada ulang tahun kehilangan pesawat itu pada Ahad, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengakui bahawa operasi pencarian akan diperkecilkan.
Beliau memberitahu Parlimen di Canberra: “Saya tidak boleh berjanji bahawa pencarian ini akan dilakukan sebegini buat selama-lamanya, tetapi kita akan meneruskan usaha kita sehabis baik bagi merungkai misteri dan mendapatkan jawapannya.”
Australia ketika ini mengetuai pasukan pencarian antarabangsa meliputi lautan Hindi, kira 1,000 kilometer dari pantai barat.
Abbott berkata, mereka yang mempunyai orang tersayang dalam pesawat itu melalui satu “mimpi ngeri yang menakutkan”.
“Saya memberi jaminan kepada keluarga ini dengan harapan dan jangkaan kami bahawa pencarian yang diteruskan ini akan menemui kejayaan,” tambahnya.
Kertas tisu itu ditemui pada Julai tahun lepas, tetapi penemuannya baharu sahaja didedahkan.
--KLpost
Labels:
mh17 mh 370
Post a Comment