QZ8501: Kotak hitam pecah?
Written By Unknown on Thursday, 8 January 2015 | 20:47
PENGKALAN BUN - Angkatan laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat malang AirAsia QZ8501 bimbang sekiranya kotak hitam milik pesawat itu telah pecah dan hilang dari bahagian ekor pesawat yang ditemui pasukan penyelam di perairan Selat Karimata, disini Rabu lalu.
Jeneral TNI, Moeldoko berkata, pasukan penyelam sudah dikerah dan turun ke bahagian ekor pesawat di dasar laut selama 62 minit tetapi, gagal menemui kotak hitam milik pesawat berkenaan.
“Hingga kini, pasukan penyelam kami masih belum menemui kotak hitam. Wujud kerisauan ia telah pecah, hilang dan sebagainya,” kata Meoldoko seperti dilaporKompas.com ketika memantau operasi pasukan penyelam di Banda Aceh, pagi ini.
Mengulas lanjut mengenai kebimbangan bahawa kotak hitam itu berkemungkinan pecah, Moeldoko berkata, ini berdasarkan kepada keadaan ekor pesawat QZ8501 yang ditemui menjunam ke dasar laut.
“Sebahagian ekor pesawat juga sudah rosak dan kerusi-kerusi penumpang juga tidak dilihat.
“Saya tidak boleh memastikan (kotak hitam sudah pecah atau hilang), tetapi melihat bahagian ekor pesawat itu yang sudah pecah, saya rasa bimbang,” jelasnya.
Misi pencarian yang memasuki hari ke-13 hari ini memberi fokus sepenuhnya kepada pencarian kotak hitam dan data perakam penerbangan di bahagian ekor pesawat.
Pasukan penyelam dari TNI sudah dikerah jam 6 pagi (Waktu Indonesia Barat) ke lokasi penemuan ekor pesawat malang itu di Selat Karimata, Laut Jawa, sejak semalam.
Labels:
Kemalangan,
QZ8501
Post a Comment