Home » » Fosil dinosaur di Hulu Terengganu

Fosil dinosaur di Hulu Terengganu

Written By Unknown on Saturday, 15 November 2014 | 20:46

Kuala Terengganu: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti tempatan menemui fosil dinosour termasuk tapak kaki, tulang dan gigi di taman negara di Gunung Gagau, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dalam satu ekspedisi bulan lalu.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penemuan membanggakan itu adalah hasil ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014.
Beliau berkata, ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik daripada beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.
Menurutnya, ekspedisi itu membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.
"Selain itu, penyelidik turut menemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.
"Selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya kita menemui penemuan yang menggembirakan.
"Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
sumber-  http://www.hmetro.com.my/
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger