Home » » Rogol anak: Suspek disambung reman

Rogol anak: Suspek disambung reman

Written By Unknown on Thursday, 4 September 2014 | 19:02


KUALA TERENGGANU - Polis mendapat perintah sambung tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek rogol anak kandung di Jertih, Besut, oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, semalam.

Suspek direman sehingga 10 September depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Rusila Nik.

Suspek sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.

Lelaki 41 tahun itu didakwa merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu, ketika mangsa berusia 13 tahun.

Namun disebabkan tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat itu nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih, Khamis lalu.

Mangsa mendakwa kali terakhir dia dirogol iaitu pada 27 Ogos lalu ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi di rumah mereka.
--Sinar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger