Home » » PKR tuntut kerusi DUN Pengkalan Kubor kekal ditandingi calonnya

PKR tuntut kerusi DUN Pengkalan Kubor kekal ditandingi calonnya

Written By Unknown on Sunday 24 August 2014 | 01:11


SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kelantan dikekalkan untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata ketetapan itu perlu dibuat berdasarkan tradisi kerusi itu yang sejak dua penggal lalu ditandingi parti berkenaan.

“Kita mahu kerusi DUN Pengkalan Kubor dikekalkan kepada PKR,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional PKR Ke-10, di sini, sebentar tadi.

Kenyataan Azmin itu seakan mengesahkan keinginan parti itu untuk terus bertanding di DUN berkenaan biarpun ada ura-ura PAS turut menawarkan permintaan sama.

Dewan Muslimat PAS semalam menuntut kerusi itu diserahkan kembali kepada parti itu selepas diwakili PKR sejak dua penggal lalu, yang menyaksikan kegagalan parti dipimpin Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menawan DUN itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya kerusi DUN itu diberi nafas baru.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat barah hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi Rabu lalu.-BH
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger