Pelajar dikurung, dipukul kayu besbol
Written By Unknown on Friday, 15 August 2014 | 05:36
BESUT: Seorang pelajar lelaki kolej vokasional mendakwa dikurung empat lelaki yang dikenalinya di sebuah rumah di kawasan perumahan di Bandar Jerteh pada Isnin lalu.
Semasa dikurung, mangsa yang berumur 16 tahun dan berasal dari Kuala Besut mendakwa telah digari kedua-dua belah tangannya sebelum dipukul dengan kayu pemukul bola besbol di kaki, perut dan tengkuk hingga cedera.
Mengikut laporan yang dibuatnya kepada pihak polis, mangsa berkata, dia dilarikan dengan kereta ketika berada di sebuah kedai di Jerteh dan telah dikurung selama tiga jam dari jam 9 malam.
Seorang suspek menuduhnya bertanggungjawab melarikan adik perempuannya yang lari dari rumah sebelum itu.
Remaja tersebut ditinggalkan di Kampung Gong Manok, Kuala Besut lewat tengah malam sebelum diambil ibunya.
Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Besut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata, pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa.
Keempat-empat suspek telah dikenal pasti, katanya. - Bernama
Labels:
Jenayah
Post a Comment