Home » » Pas hanya pinjamkan PKR kerusi Pengkalan Kubor

Pas hanya pinjamkan PKR kerusi Pengkalan Kubor

Written By Unknown on Wednesday, 27 August 2014 | 08:48

GUA MUSANG - Walaupun kerusi Dun Pengkalan Kubor ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, rakan pakatannya Pas berhasrat untuk bertanding kerusi Dun itu pada PRK kerana yakin mampu mencapai kemenangan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerusi itu yang diberi kepada PKR pada PRU13, hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan Pas boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi.

"Kerusi itu memang milik Pas sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kota Sejahtera Chiku di sini, hari ini.

Turut hadir Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Ketua Jajahan Gua Musang, Nazran Mohamad. Mohd Amar berkata hasrat Pas itu akan dibincangkan dengan PKR.

"Kita lihat ada peluang untuk kita menang...soal calon belum dibincangkan lagi setakat ini," katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.  - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger