Home » » Angkara jalan licin

Angkara jalan licin

Written By Unknown on Sunday 17 August 2014 | 17:43


Permaisuri – Seorang wanita berusia 52 tahun maut apabila kenderaan pacuan empat roda Nisan Frontier dipandu suaminya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di pekan Sungai Tong, dekat sini, 5.30 petang semalam.
Suami mangsa, Abdul Manaf Husin, 57, dari Taman Perumahan Rumah Murah Kampung Raja, Besut, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari rumahnya untuk menghadiri kenduri saudaranya di Durian Guling, Marang.
Menurutnya, sebaik tiba di sebuah selekoh kenderaan dipandunya tiba-tiba hilang kawalan kerana jalan licin menyebabkannya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Akibat insiden itu, isterinya Che Minah Che Soh tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, lapor Hmetro.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger