Home » » Ketua pemisah serah sendiri kotak hitam MH17

Ketua pemisah serah sendiri kotak hitam MH17

Written By Unknown on Monday, 21 July 2014 | 19:53


DONETSK - Kumpulan pemisah Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia sebentar tadi, lapor ABC.  Penyerahan dua kotak hitam itu  dibuat sendiri oleh ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai.  Turut berlaku ketika penyerahan, gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.  Dalam pada itu, dalam satu sidang media lewat malam tadi, Perdana


Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan, di bawah persetujuan kedua, dua kotak hitam MH17 akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.  "Kita akan mengambil alih hak ke atas dua kotak hitam ini," katanya.  Beliau berkata, hasil persetujuan dengan Borodai juga, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan untuk memasuki kawasan nahas untuk melakukan siasatan penuh terhadap tragedi MH17.  Najib berkata, sebelum ini, Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk menghubungi pihak terbabit di kawasan nahas MH17.  "Dalam keadaan yang sukar, kita telah berbincang mengenai masalah bersama yang wujud, melindungi bukti-bukti penting dari pesawat.  "Siasatan bebas telah dilancarkan untuk mencari penumpang-penumpang yang terkorban," katanya.  Dalam pada itu, Najib berkata, beliau berharap perjanjian yang dicapai malam tadi akan dapat membantu mencari jalan penyelesaian kemelut yang melanda dalam tragedi MH17.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger